Ahad, 29 Jun 2014

KUN FA YA KUN
Episod 2

           Rahim adalah seorang yang 'smart' tetapi licik. Dia boleh menjadi mengkarung yang bertukar warna mengikut situasi dan keperluan. Ku kenal Rahim lebih dari 10 tahun. Ketika di Taman Melati bersama Aruah sahabat ku Nizarman (ku gelar dia 'Man Dempak' sebab bentuk tubuhnya gemuk pendek).
           Kalau bab bercakap dia memang mahir malah suaranya yang cukup lantang membuat setiap pendengar akan terpesona dengan apa yang diucapkannya. Lagi satu kepakarannya adalah memikat wanita sebab itu Rahim mampu beristeri lebih dari satu.
           Sebenarnya dalam kaitan dia dengan aku adalah bila dia menyertai Parti Keadilan Rakyat Cabang Setiawangsa menjelang PRU12. Masa itu aku menjadi Setiausaha Jawatankuasa Pengelola. Oleh kerana kepetahannya berucap dia kami letakkan dalam Biro Penerangan dan peranannya di PRU itu adalah menjadi Juruacara atau Penceramah sementara menunggu Penceramah sebenarnya datang.
           Tetapi kehidupannya masa itu tidaklah mewah saperti sekarang ini. Masa tu dia hanya memandu kereta Kancil sahaja, itu pun milik isteri pertamanya yang menjadi guru Sekolah Agama Rakyat (SAR). Selepas PRU dia terus bersama ku, tiap pagi dia akan datang kerumah ku, bersarapan dan kemudian sesama kami berpergian mencari peluang. Ku sebut mencari 'peluang' kerana kami berdua tidak punyai pekerja tetap. Aku hanya bergantung kepada kerja harian ku sebagai pereka grafik. Rahim pula tak punyai sebarang pekerjaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan