Bahagian 2:
Seorang Perantau yang prihatin tidak akan pernah lupa pada tempat kelahirannya. Sejauh mana pun seseorang itu merantau ingatan pada kampung halaman tidak akan pernah luput dari ingatannya malah dah jadi tradisi orang kita di Malaysia terutama orang-orang melayu bila sampai hariraya masing-masing akan teringatkan kampung halaman terutama bagi mereka yang masih ada ibu ayah dan saudara mara.
Sejauh mana terbang bangau hinggap akhirnya tetap dibelakang kerbau... Itu pepatah melayu yang digambarkan kepada anak rantau yang sejauh mana rantauannya akhirnya dia akan pulang juga ke kampung halaman.
![]() |
Pertemuan di Shah Alam pada 15 April 2012 |
Pertemuan berikutnya diadakan pula di rumah Ahmad Zaini di Taman Sri Indah Batu Caves dan kali ini ternyata sambutannya lebih hangat, 34 orang anak-anak jati kampung telah hadir dalam pertemuan yang dinamakan SANTAI MESRA Anak-Anak Jati Sayong Lembah. Pertemuan itu adalah merupakan detik yang amat bersejarah pada saya juga rakan-rakan lain kerana ada diantara kami sudah lama tak berjumpa malah ada yang tak kenal antara satu sama lain.
Alhamdulillah pertemuan sebegini amat berkesan dalam menyatukan anak-anak desa yang telah lama terpisah. Walau pun ada yang hadir itu saudara dekat tetapi oleh kerana kekangan tanggungjawab dan tugas masing-masing menyebabkan lama tak berjumpa. Dan pertemuan itu telah dapat menyimpulkan kembali tali silaturrahim antara kami semua. Dalimawati Ismail, pelakun drama dan filem yang berasal dari Sayong Lembah juga turut serta menjadi ahli dan turut hadir dalam majlis ini.
![]() |
Bergambar ramai Santai Mesra pada 1 Mei 2012 |
Selain dari Kamal Ariffin kamaruzzaman dilantik menjadi Pengerusi dan Mohd Khair Buyong Naib Pengerusi saya juga telah menawarkan diri untuk menjadi Setiausaha. Penolong Setiausaha dan Bendahari disandang oleh Mohd Khairol Salam dan Khadijah Buyong. Jawatankuasa lain adalah terdiri dari Ahmad Zaini, Nasir Din, Kamaruddin Nordin, Raduan Noruddin, Mohd Ghazali Ibrahim, Fairus Halim, Zulkifli Din, Asrul Sufian, Azizi Mat Johor, Johari Osman dan Zamanhuri Jazuli.
Walau apa pun asas kepada pertemuan ini adalah Sayong Lembah Grup di Facebook yang jadi pemangkin kepada titik pertemuan dan perhubungan anak-anak kamung di perantauan ini. Untuk itu saya dan Jawatankuasa Perantau mengucapkan terimakasih kepada pengasas SLG terdiri dari 6 orang anak muda Sayong Lembah yang prihatin termasuklah Mohd Isma Raus, Oin San dan Khairol Salam yang jadi Penolong Setiausaha persatuan ini.
![]() |
Inilah wajah-wajah Ahli Jawatankuasa Penaja Persatuan Anak Rantau Sayong Lembah Kuala Kangsar |
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang persatuan ini sila layari:
Emoookk, teman bangge bebeno mengkome ghame-ghame bekumpoi kat sana tu. Ape idoknye , kughang-kughangnye ingat juga mengkome semua pada kampung halaman tempat kite dulu main nganto bulan pose, mandi kat lubuk Tiong lepah main bola petang-petang, main terup lempo selipa jepun dan macam-macam lagi... Bok kate oghang dulu tempat nyungko lagi di kenang ini kan pulok tempat..... Ate sambung aje le ikutr suke mike semua... Perloalan ape bezanya senyum, nyongen, nyongen, ngeghonyen, seghongeh, tesengeh dan ngenyenn...?
BalasPadamYus, terimakasih ajelah beri komen ke artikel ini. Memang keme berhajat untuk memberi sumbangan pada kampung kita tu..... samaada dalam bentuk meterial atau apa aje yang keme mampu buat. Setakat ini morey dah keme buat pada 5 Ogos lalu, Insyaallah pada hariraya keme akan melancarkan pulak Dana untuk beli karpet mesjid.... Insyallah sebelum raya haji adalah karpet baru mesjid kita tu.....
BalasPadammacam mana nak join??? ayah saya orang kangsar
BalasPadam