Selasa, 12 Jun 2012

SAHABAT TERDEKAT

Inilah wajah sabahat ku..
.

MOHIYUDDIN MIKIN KAWIN LAGI

Dia lebih dari seorang kawan bagi aku. Kerana itulah aku sentiasa bersedia bersamanya ketika susah dan senang. Kami bersahabat lebih dari 15 tahun. Sama-sama menjalankan segala kegiatan perniagaan multi-level yang dia pakar didalamnya. Walau pun aku tak pernah berjaya bersamanya... tapi aku cukup kagum dengan sifat-sifat semulajadinya yang terlalu sabar.

Dan saya paling aku kagumi adalah dia tekun dalam kerjaya yang dipercayainya boleh memberi keuntungan dan mengubah kehidupanya. Tetapi isterinya pertamanya tidak menyokong apa yang dilakukannya. Akhirnya mereka terpaksa bercerai setelah anak-anak mereka dewasa dan ada yang sudah berkerjaya.

Setelah hampir tiga tahun membujang, akhirnya dia kahwin dengan gadis berusia 30an, pilihan keluarganya. Sebelum itu ramai sahabat termasuk aku  kenalkan dia      dengan gadis dan janda tetapi semuanya tak menjadi.

Dua sejoli: tak kenal tak bercinta... tapi dengan kehendak Allah
mereka bertemu jodoh... semoga berbahagia...




Semoga sahabat ku ini akan bahagia dengan rumahtangga barunya itu. Dan    aku masih terkilan kerana tidak berpeluang bersamanya dalam hari bersejarah dalam hidupnya.

Mengimbau kembali detik-detik yang kami lalui bersama, ada suka, ada duka
dan ada juga detik-detik yang mencemaskan.

Dan sampai bila-bila pun aku takkan lupa bila melihat makannya yang tak pernah tak berselera, dia akan makan apa sahaja yang dihidangkan padanya. Bila isteri ku masak masak taucu Medan aku mesti ingat padanya kerana masakan itu kesukaannya.

Sekarang dia bertugas di Kolej Lagenda Mantin sebagai Pengurus Pemasaran. Dengan adanya seorang isteri yang sentiasa mendokong apa saja yang nak dilakukannya, aku percaya kali ini dia akan terus meluncur laju menuju puncak kejayaan, Insyaallah. Dan aku sudah terlalu arif dengan perangainya yang amat memerlukan dukongan dari orang yang dikasihi.

Pernah sekali aku tinggal di rumahnya di Felda Sungai Lui, Bahau, Negeri Sembilan selama beberapa minggu kerana kami sama-sama mengusaha-kan suatu perniagaan Multi Level tetapi kami akhirnya kecundang. Dan aku percaya dia pasti akan berjaya juga bila ada seorang isteri disampingnya. Syukur kepada Allah SWT kerana kurniaan jodoh yang amat secocok dengan perangai dan sifat-sifat yang ada padanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan