KEMASYARAKATAN


AKU SUKA AKTIVITI SOSIAL 
DAN KEMASYARAKATAN

Bincang-bincang bersama JK Persatuan Anak Rantau
Sayong Lembah
Agak ganjil dalam usia emas aku masih berminat dalam aktiviti berpersatuan macam dulu-dulu. Dari Tingkatan 3 semasa di bandar kelahiran ku aku telah menjadi pemimpin kepada pergerakan belia di Kuala Kangsar. Sejak itu aku terus bergerak menjadi aktivis dalam bermacam pergerakan sukarela. Pernah menjadi Presiden kepada Pergerakan Belia Dinamik Kuala Lumpur tidak juga berkecuali dalam pergerakan politik hingga aku menjadi Setiausaha Penerangan dan Setiausaha Pilihanraya keAdilan Negeri Perak satu jawatan tertinggi yang pernah aku capai dalam sejarah politik  hidupku.
           Dalam usia menjangkau 60 tahun ini aku masih berminat untuk menjadi Setiausaha kepada Persatuan Anak Rantau Sayong Lembah (Perantau) yang baru saja ditubuhkan beberapa bulan lalu. Dalam politik aku masih terlibat dalam Jawatankuasa PRU P118 Setiawangsa yang dulunya aku menjawat jawatan Setiausaha. 
           Itulah aku yang tak pernah jemu-jemu dalam pergerakan sosial dan kemasyarakatan tetapi sampai saat ini tidak ada satu pun persatuan yang aku pernah berkhidmat itu ambil peduli apabila aku mengalami stroke pada tahun 2009 dan sampai sekarang ini aku masih tidak berdaya untuk mencari rezeki dalam keadaan aku yang tidak lagi mampu bergerak bebas seperti dulu-dulu.

1 ulasan:

  1. CER JANGAN CEPAT BENOR NAK NUDING SANA NUDING SINI JIKA IKHLAS ADA CARA MELAYU MEMBETULKAN ATAU MENGELOKKAN LAGI DEMER YANG BERJAWATAN PUN BANYAK JUGA HEYNYA DUDUK BEBINCANG KAN LAGI BAGUS.

    BalasPadam