Sabtu, 28 Julai 2012

RAMADHAN AL MUBARAK

DI SEBALIK IQRA

       Di bulan yang mulia ini mari kita menyingkap sedikit persoalan disebalik Iqra di dalam kehidupan manusia hari ini. Realiti umat hari ini amat sedikit yang suka membaca. Dan dari sedikit yang membaca itu pula sedikit saja yang memahami. Daripada sedikit yang memahami itu, sedikit pula yang menguasai. Dan dari sedikit yang memahami itu, hanya sedikit pula yang menguasai dan mengamalkan. Bila sedikit yang mengamalkan pasti sedikit pula yang mampu menyebarkannya.
       Bagaimana umat Islam akan membangun kalau itu keadaan dan realitinya. Sedangkan membaca itu bukan sekadar hobi tetapi suatu tuntutan dan keperluan. Tidak keterlaluan kalau dikatakan membaca ibarat oksigen bagi nafas manusia islam untuk menuju kejayaan. Sejarah telah menunjukkan bahawa manusia dibangunkan dengan roh iqra pada permulaan sejarah Islam dan kenabian Nabi Muhammad SAW. Dipermulaan sejarah yang penuh karamah itu Nabi Muhammad di tarbiyahkan dengan kalimah Iqra untuk kemudian ditarbiyahkan kepada umatnya.