Selasa, 12 Februari 2013


TERINGAT ARUAH IBU KU

Pagi semalam aku makan roti canai... sedap, memang sedap..
Lantas teringat aku pada aruah Ibuku yang telah dua tahun meninggalkan aku.
Roti canai yang dibuatnya sesuai sangat dengan selera ku walaupun roti canai
bukan makanan kesukaan ku tapi kalau ibuku yang buat memang
aku makan lebih dari sekeping.

Masih terbayang dia terensot-ensot dirumah aku di akhir hayatnya..
Dia sudah tak berdaya, kalau nak makan dia akan menggunakan bahasa isyarat..
Kalau nak buang air besar dia sudah tidak berdaya lagi nak ke tandas,
dimana dia duduk disitu aje dia akan 'membuang'. Dia sudah tidak mampu lagi berfikir.

Aruah Ibuku Endun Mydin






















Bila aku menjamah makanan aku sering teringat padanya. Sebut aje penganan apa
atau lauk pauk apa semuanya di tahu nak buat atau memasaknya. Air tangannya
amat sesuai dengan selera aku. Memang benarlah kata orang 'air tangan ibu
adalah yang terbaik'.

Masakan ibu yang paling aku suka adalah acar rempah dan gulai rempah
terutama bila dipadankan dengan ikan keli. "Hingga menjilat jari' itu kata-kata yang
paling sesuai bila makan masakan ibu ku.

Setiap pagi dan petang, pasti ada saja hidangan buat kami sekeluarga.
Kueh cara, lompang, cucur badak dan katayap adalah kueh mueh yang paling aku suka.
Dan di kampung, ibu buat karipap untuk dijual. Itulah pendapatannya disamping membuat
tilam dan bantal kekabu. Ada saja yang datang menempah tilam dan batal kekabu ibi ku.
Itulah juga hasil titik pelohnya membesarkan aku dan Azman anak saudara ku.

Walau semasa usia mudanya dia pernah menjadi tukang masak di merata-rata tenpat
di Perak dan Kuala Lumpur tetapi diakhir hayatnya dia hanya meneruskan usaha
membuat tilam dan bantal kekabu.

Tilam dan bantal kekabu




















Semoga Aruah Ibuku ditempatkan bersama orang yang beriman. Al-Fatihah.