Selasa, 12 Jun 2012

SAHABAT TERDEKAT

Inilah wajah sabahat ku..
.

MOHIYUDDIN MIKIN KAWIN LAGI

Dia lebih dari seorang kawan bagi aku. Kerana itulah aku sentiasa bersedia bersamanya ketika susah dan senang. Kami bersahabat lebih dari 15 tahun. Sama-sama menjalankan segala kegiatan perniagaan multi-level yang dia pakar didalamnya. Walau pun aku tak pernah berjaya bersamanya... tapi aku cukup kagum dengan sifat-sifat semulajadinya yang terlalu sabar.

Dan saya paling aku kagumi adalah dia tekun dalam kerjaya yang dipercayainya boleh memberi keuntungan dan mengubah kehidupanya. Tetapi isterinya pertamanya tidak menyokong apa yang dilakukannya. Akhirnya mereka terpaksa bercerai setelah anak-anak mereka dewasa dan ada yang sudah berkerjaya.

Setelah hampir tiga tahun membujang, akhirnya dia kahwin dengan gadis berusia 30an, pilihan keluarganya. Sebelum itu ramai sahabat termasuk aku  kenalkan dia      dengan gadis dan janda tetapi semuanya tak menjadi.

Dua sejoli: tak kenal tak bercinta... tapi dengan kehendak Allah
mereka bertemu jodoh... semoga berbahagia...




Semoga sahabat ku ini akan bahagia dengan rumahtangga barunya itu. Dan    aku masih terkilan kerana tidak berpeluang bersamanya dalam hari bersejarah dalam hidupnya.

Mengimbau kembali detik-detik yang kami lalui bersama, ada suka, ada duka
dan ada juga detik-detik yang mencemaskan.

Dan sampai bila-bila pun aku takkan lupa bila melihat makannya yang tak pernah tak berselera, dia akan makan apa sahaja yang dihidangkan padanya. Bila isteri ku masak masak taucu Medan aku mesti ingat padanya kerana masakan itu kesukaannya.

Sekarang dia bertugas di Kolej Lagenda Mantin sebagai Pengurus Pemasaran. Dengan adanya seorang isteri yang sentiasa mendokong apa saja yang nak dilakukannya, aku percaya kali ini dia akan terus meluncur laju menuju puncak kejayaan, Insyaallah. Dan aku sudah terlalu arif dengan perangainya yang amat memerlukan dukongan dari orang yang dikasihi.

Pernah sekali aku tinggal di rumahnya di Felda Sungai Lui, Bahau, Negeri Sembilan selama beberapa minggu kerana kami sama-sama mengusaha-kan suatu perniagaan Multi Level tetapi kami akhirnya kecundang. Dan aku percaya dia pasti akan berjaya juga bila ada seorang isteri disampingnya. Syukur kepada Allah SWT kerana kurniaan jodoh yang amat secocok dengan perangai dan sifat-sifat yang ada padanya.

SAYONG LEMBAH GRUP

NOLTALGIA DESA DAN KOTA KECIL KU
Bahagian 2:

       Seorang Perantau yang prihatin tidak akan pernah lupa pada tempat kelahirannya. Sejauh mana pun seseorang itu merantau ingatan pada kampung halaman tidak akan pernah luput dari ingatannya malah dah jadi tradisi orang kita di Malaysia terutama orang-orang melayu bila sampai hariraya masing-masing akan teringatkan kampung halaman terutama bagi mereka yang masih ada ibu ayah dan saudara mara.
      Sejauh mana terbang bangau hinggap akhirnya tetap dibelakang kerbau... Itu pepatah melayu yang digambarkan kepada anak rantau yang sejauh mana rantauannya akhirnya dia akan pulang juga ke kampung halaman.
Pertemuan di Shah Alam pada 15 April 2012
      Baru-baru ini pada 15 April 2012 satu perjumpaan anak jati kampung ku telah diadakan di Shah Alam. Seramai 20 orang anak jati Sayong Lembah sebuah kampung di Seberang Bandar Diraja Kuala Kangsar telah hadir dan akhirnya tertubuhlah sebuah Jawatankuasa Penaja untuk menubuhkan sebuah persatuan yang bakal menghimpunkan Anak-Anak Jati Kampung Sayong Lembah. Pertemuan itu adalah cetusan idea 7 orang anak jati Sayong Lembah yang telah mengadakan pertemuan seminggu sebelum pertemuan itu diadakan yang saya anggap sebagai Pengasas kepada tertubuhnya persatuan Anak Rantau Sayong Lembah ini. Untuk rakaman sejarah saya turunkan nama-nama mereka yang menjadi pencetus idea itu iaitu Saudara Kamal Ariffin Kamaruzaman, Nasir Din (tidak dapat hadir semasa pertemuan pertama di Prima Sri Gombak), Ahmad Zaini Kamaruzzaman, Mohd Kamarol  Mohd Salaam, Kamaruddin Norddin, Mohd Raduan Norudin dan saya sendiri Norddin Salleh atau di kampung lebih dikenali dengan nama Zaini.
         Pertemuan berikutnya diadakan pula di rumah Ahmad Zaini di Taman Sri Indah Batu Caves dan kali ini ternyata sambutannya lebih hangat, 34 orang anak-anak jati kampung telah hadir dalam pertemuan yang dinamakan SANTAI MESRA Anak-Anak Jati Sayong Lembah. Pertemuan itu adalah merupakan detik yang amat bersejarah pada saya juga rakan-rakan lain kerana ada diantara kami sudah lama tak berjumpa malah ada yang tak kenal antara satu sama lain.
        Alhamdulillah pertemuan sebegini amat berkesan dalam menyatukan anak-anak desa yang telah lama terpisah. Walau pun ada yang hadir itu saudara dekat tetapi oleh kerana kekangan tanggungjawab dan tugas masing-masing menyebabkan lama tak berjumpa. Dan pertemuan itu telah dapat menyimpulkan kembali tali silaturrahim antara kami semua. Dalimawati Ismail, pelakun drama dan filem yang berasal dari Sayong Lembah juga turut serta menjadi ahli dan turut hadir dalam majlis ini.
Bergambar ramai Santai Mesra pada 1 Mei 2012
            Dipertemuan inilah Jawatankuasa Penaja telah memutuskan nama dan arahtuju persatuan yang bakal ditubuhkan. Persatuan Anak-Anak Rantau Sayong Lembah atau ringkasnya PERANTAU telah dipersetujui untuk ditubuhkan. Tujuan persatuan ini ditubuhkan adalah untuk menyatukan semua Anak-Anak Jati desa tercinta yang merantau dan tujuan utama adalah untuk kembali menumpahkan jasabakti ke kampung halaman yang tercinta itu.
          Selain dari Kamal Ariffin kamaruzzaman dilantik menjadi Pengerusi dan Mohd Khair Buyong Naib Pengerusi saya juga telah menawarkan diri untuk menjadi Setiausaha. Penolong Setiausaha dan Bendahari disandang oleh Mohd Khairol Salam dan Khadijah Buyong. Jawatankuasa lain adalah terdiri dari Ahmad Zaini, Nasir Din, Kamaruddin Nordin, Raduan Noruddin, Mohd Ghazali Ibrahim, Fairus Halim, Zulkifli Din, Asrul Sufian, Azizi Mat Johor, Johari Osman dan Zamanhuri Jazuli.
         Walau apa pun asas kepada pertemuan ini adalah Sayong Lembah Grup di Facebook yang jadi pemangkin kepada titik pertemuan dan perhubungan anak-anak kamung di perantauan ini. Untuk itu saya dan Jawatankuasa Perantau mengucapkan terimakasih kepada pengasas SLG terdiri dari 6 orang anak muda Sayong Lembah yang prihatin termasuklah Mohd Isma Raus, Oin San dan Khairol Salam yang jadi Penolong Setiausaha persatuan ini.
Inilah wajah-wajah Ahli Jawatankuasa Penaja Persatuan Anak Rantau Sayong Lembah Kuala Kangsar


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang persatuan ini sila layari:

MASAALAH MASYARAKAT YANG KIAN MEMBARAH

Hari ini, aku terasa benar ada masalah dalam masyarakat kita. Dulu Mak ayah selalu mengingatkan kepada anak-anak agar lebih bersopan santun bila berhadapan dengan orang-orang yang lebih dewasa dari mereka. Itulah didikan awal yang selalu diberikan. Tapi remaja hari ini malah yang dah berumahtangga pun, agak kurang terdidik untuk menjadikan mereka ini ramah dan bersopan dalam apa jua keadaan. Budaya apakah yang merasuk generasi muda kita pada hari ini.


Saya akui masih ada orang-orang muda yang bersopan santun, berbudi bahasa dan ramah mesra tetapi ramai juga yang agak ketinggalan dalam mengamalkan budaya kita yang cantik, halus dan penuh kesantunan. Yang langsung tidak menghargai sesuatu pemberian .... 


Dimanakah silapnya? Adakah salah sistem pendidikan kita? atau ada silapnya sistem sosial dan budaya kita?. Atau adakah benar didikan agama sudah amat berkurangan seperti yang pernah menjadi perbualan satu ketika dulu.... masa untuk belajar subjek agama agak terhad..... atau adakah ianya ada kena mengena dengan isu sekolah agama rakyat telah ditarik bantuannya oleh pihak kerajaan.