Khamis, 14 Februari 2013

KEMASYARAKATAN

ALAH BISA TEGAR BIASA

Itulah pepatah kita orang melayu. Tetapi kebanyakan kita tidak mengamalkan apa yang dimaksudkan oleh pepatah berkenaan. Ada yang bila perdengarkan pepatah tersebut langsung tak tau apa maksudnya. Begitulah orang kita. Dah terbiasa dengan budaya 'buat dek' atau 'buat tau' itu.

Ada yang sengaja buat-buat tak tau walaupun sebenarnya dia tau. Aduhai... manusia macam apa bila sesuatu yang amat penting pun masih buat-buat tak tau. Itu ragam sebenar orang kita. Tapi bila terkena batang hidung sendiri mulalah buat hal. Dan paling tak sedapnya orang yang begini akan selalu menyalahkan orang lain bila sesuatu hal yang membabitkan dirinya berlaku.

Situasi begini terjadi dalam kehidupan seharian kita. Tak kiralah samaada dalam perniagaan, dalam politik dalam persatuan dan sebagainya. Sekarang ni saya lihat budaya 'buat dek' ini dah semakin menjadi-jadi. Ada yang ada persatuan langusng tak ambik berat fasal persatuannya, ada yang berpolitik tak benar-benar serius dengan politik, ada kawan tak ambik perhatian pada kawan. Jadi nak jadi apa dengan kita ni....?

Kita kena ubah. Ubah perangai, ubah sikap dan jadikan budaya ambik tau sebagai pegangan hidup kita. Kita hidup bermasyarakat, ada orang lain disekeling kita. Hidup berkampung kena tolong menolong. Kena bergotong royong bila buat sesuatu. Jangan diamalkan berpuak-puak. Atau menjaga kepentingan sendiri saja. Itu amalan tidak elok.

Selalunya dalam hidup seharian kita, kita melebih pada sesuatu yang tak begitu afdal. Misalnya dalam politik, ada yang mengutamakan parti dari kebajikan jiran-jiran, sedang dalam Islam jiran itu sepatutnya diberikan keutamaan. Ini tidak, kerana berlainan fahaman politik masing-masing buat hal sendiri. Adakah itu yang patut diamalkan sedangkan kita ada pegangan utama yang berpaksi 'Laila haillallah, Muhammad darrasullallah'.. Kalau berpolitik itu biarlah menggunakan akal. Biar kita berwaspada dengan agenda yang.cuba merosakkan keharmonian kita dalam masyarakat. Berpolitik bukan tidak penting tetapi jangan sampai boleh merosak keharmonian kita sesama kita khususnya jiran sekampung. Budaya sekampung kita jaga, berpolitik boleh tetapi biar kena pada tempatnya. Bila pilihanraya tiba sesama kita berdayong untuk sokong parti yang kita suka. Lepas itu balik kepada budaya hormat menghormati. Yang menang jalankan tanggungjawab untuk manafaat masyarakat bukan terus bermusuhan. Dan yang kalah pula kena akur dengan kekalahan.

Sebenar dalam masyarakat Melayu Islam ada satu institusi yang boleh menyatukan kita semua. Yang boleh dijadikan sandaran dan tempat berbincang dengan mengenepikan fahaman politik. Itulah Institusi masjid yang berfungsi bukan sahaja dapat menyatukan fahaman kita tetapi juga hati-hati kita juga.

keharmonian beginilah diperlukan dalam sebuah masyarakat....

Tetapi budaya ke masjid ini telah terpesong jauh. Kata orang parti A masjid hanya untuk orang parti B sahaja. Jadi orang parti B pulaukan masjid. Kalau orang parti B buat sesuatu acara mereka hanya mengutamakan orang partinya sahaja walaupun itu projek yang ada kaitannya dengan seluruh masyarakat. Tetapi kerana berpuak-puak oleh fahaman politik maka puak-puak A tidak dijemput atau tidak boleh sama sekali ikut campur dan menikmati hasil atau merasa kesan dari projek yang dilaksanakan oleh puak B tadi. Apa nak jadi kalau kita terus-terusan dengan gaya hidup macam ini?

Pernah satu ketika di kampung saya berlaku keadaan sedemikian. Ada NGO (Persatuan Bukan Kerajaan) yang sejak awal-awal penubuhannya mengistiharkan bahawa mereka tidak memihak kemana-mana dalam fahaman politik. Tidak kepada parti A mapun parti B tetapi oleh kerana kebanyakan keluarga ahli NGO ini tadi adalah ahli parti A maka parti B mengganggap apa yang dilakukan oleh NGO itu sebagai didalangi oleh parti A. Dan program tidak disokong oleh puak parti B. Malah Ketua Kampung yang kebetulan dari parti B mensabotaj program yang hendak dilakukan oleh pihak NGO itu sedangkan pogram itu untuk kebajikan dan kebaikan seluruh masyarakat kampung.itu, pada hal sejak mula lagi NGO berkenaan telah mengemukakan kertas kerja program kepada JKKK melalui Ketua Kampung. Tetapi oleh kerana Ketua Kampung sudah dipengaruhi oleh tanggapan yang menyatakan bahawa NGO penganjur didalangi oleh parti A maka Ketua Kampung sanggup melakukan sabotaj walau sudah ada kesediaan seluruh masyarakat menyokong program itu.

Itulah situasi bila kita tidak menggunakan otak untuk memikirkan mana yang baik, mana yang tidak. Yang rugi adalah masyarakat. Kalau sikap ini dibiasakan apakah yang akan jadi kepada institusi masyarakat seluruhnya. Apakah pula akan jadi dengan generasi anak-anak yang terbiasa dengan keadaan ibubapa mereka yang mengamalkan budaya berpuak-puak itu?

Apakah akan jadi kepada masa depan anak2 ini sekiranya masyarakat berpuak-puak?


Kemana arahtuju kita sebenarnya? Jawapan itu hanya akan terjawab bila kita dapat berfikir dengan waras?
Dan sewajarnya perubahan dengan merombak seluruh institusi masyarakat diseluruh negara dilakukan demi kebaikan masadepan kita semua... Jadi fikir-fikirkan lah................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan