Rabu, 12 Disember 2012

               KUN FA YA KUN
          EPISOD SATU

                Kekadang aku terasa bodoh bila melaku sesuatu tanpa berfikir panjang, Kekadang terasa aneh darimana datangnya kekuatan untuk mendekati nilai yang beribu-ribu ringgit sedangkan bulan sebelumnya aku hanya mampu kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
                Itulah kuasa mutlak Allah SWT. 'Kun fa ya kun' sudah terserlah dan terjadi dalam hidup aku. Tiba-tiba saja aku mampu berbelanja membeli barangan mewah, Ruang tamu rumahku sudah berubah walau sekadar perabut murah yang tak pernah terfikir olehku menukarnya dalam masa terdekat,  memberikan pinjaman ribuan ringgit kepada seorang pegawai bank yang baru beberapakali ku temui. Dan mampu (dengan kuasa yang ada pada aku pada ketika itu) membuat pinjaman sebanyak tiga puloh lima ribu ringgit dalam hanya sekelip mata. Terpedayakah aku? atau itu semua takdir yang ditentukan untuk ku untuk terus terjerumus ke dalam malapetaka yang maha dahsyat dalam masa terdekat. Entahlah tapi aku tetap berharap 'kun faya kun akan sekali lagi mendatangi hidupku.
               Walaupun aku yakin dengan Zali seseorang yang meyakinkan tetapi kekadang keraguan tetap bertempat dihatiku. Zali adalah seorang yang nampak begitu optimis dan bersahaja tapi benarkah dia akan dapat melindungi ketika kami susah. Sekali lagi jawapannya 'Entahlah'.
               Semalam aku meluahkan rasa hatiku kepada Zaidi, satu-satu insan yang ku sandarkan harapan untuk aku mendapatkan kembali kehidupan tenangku dan membayar semula wang yang ku pinjam. Janjiku pada Nik Ezani tinggal beberapa hari lagi. Namun jalannya masih belum nampak lagi. Entah dari mana wang bayaran itu bisa aku perolehi. Mengingatkan itu hati jadi kecut dan takut dan dada ku mulai terasa sakit.
               Rahim adalah satu lagi sosok yang ada dalam adegan yang berlaku ini. Dia tetap selamba dalam menghadapi situasi genting yang melanda hidupnya. Dia akan berkata apa saja untuk melepasi dirinya dari kecelakaan yang bakal menimpa dirinya. Dia akan menuding jari kepada siapa saja asalkan dirinya terlepas dari pertuduhan yang diletakkan padanya. Dan dia tetap tegak berdiri gagah dikedudukannya, walaupun buntutnya bergelumang najis. Tetapi aku tetap berharap agar dia akhirnya akan menerima hukuman dari perbuatannya itu.
               Membaca catatan ini, mungkin anda sekelian tidak faham apa yang berlaku. Nah... akan aku ceritakan sejak dari mula bagaimana dan apa kisahnya yang berlaku dalam hidupku. Siapa Rahim, siapa Zali dan Zaidi dan watak-watak sampingan yang sesama mewarnai kejadian dan adegan yang berlaku akan ku terangkan satu persatu dalam episod akan datang. Insyaallah.