Khamis, 26 Mei 2011

PENGHARGAAN KEPADA RAKAN FB

Sebagai penghargaan kepada Rakan FB, samaada saya menjemput mereka menjadi Rakan FB mereka atau sebaliknya.... saya hadiahkan mereka cenderahati berbentuk foto kreatif. Paling mereka suka bila wajah mereka dipapar melalui Mukadepan Majallah. Huiii... bila saya buatkan kepada seorang rakan, ada saja yang komen 'like'. Dari situ saya dapat menyelami bahawa mana-mana rakan FB yang 'like' mereka juga mahu foto seperti itu. Dan ada juga terus menulis 'boleh tak buatkan saya foto macam ni'.

Dibawah ini adalah contoh-contoh yang dapat saya hasilkan. Ada yang saya terus tag foto mereka dari album mereka tapi kebanyakannya terpaksa saya edit dengan menggunakan kreativiti saya sendiri.






Saya akan terus dengan apa yang saya buat sekarang ini. Tapi saya amat mengalu-alukan mereka mempelajari teknik pembuatan foto-foto diatas. Dengan pelajari teknik pembuatan foto seperti yang saya hasilkan, saya yakin mereka juga akan dapat menghasilkan foto seperti apa yang saya buat sebagai penghargaan kepada Rakan FB mereka masing-masing. 

Untuk mengetahui bagaimana teknik pembuatan sila kunjungi FB saya - NOSA ISKANDAR/AZAINI atau hubungi saya melalui HP saya 010-7888313 / 010-8044313 / 010-539 5545 





Ahad, 15 Mei 2011

FOTO: SEGARKAN KENANGAN LAMPAU

Seperti yang dinyatakan dalam tulisan saya dalam artikel 'Pentingnya sebuah gambar' bertarikh 13 May 2011 yang lalu, dalam situasi tertentu gambar @foto menjadi amat diperlukan dan pada masa yang lain pula ianya dapat mempengaruhi emosi kita.

Lantaran itu foto merupakan sesuatu yang amat perlu diberikan jagaan rapi terutama yang menyangkut hal-hal peribadi yang melibatkan kenangan, tak kiralah kenangan manis maupun kenangan pahit. Contohnya; foto perkahwinan, foto semasa zaman remaja, foto bersama keluarga, foto di kolej, foto peristiwa penting dalam hidup kita dan berbagai lagi foto yang sepatutnya dijaga rapi.

Namun demikian banyak yang lalai dalam hal ini. Kebanyakannya membiarkan foto begitu saja tanpa menjaga dan menyimpan dengan baik. Akibatnya apabila diperlukan, kita mula kelam kabut - tercari ke sana sini.

Kali ini saya ingin menyentuh tentang foto lama. Foto lama amat-amat berharga sebenarnya. Contohnya foto ibubapa anda yang telah pergi buat selama-lamanya. Ada yang menyimpan foto ibu mereka semasa hidupnya, ada pula menyimpan koleksi yang banyak, kadangkala diwarisi dari ibubapa mereka sendiri (termasuk album peribadi keluarga). Tapi kebanyakan orang tidak prihatin untuk menyimpan foto kenangan mereka termasuk foto kedua orangtua mereka.

Minggu ini saya ingin menyentuh mengenai bagaimana nak menjaga dan edit gambar lama yang ada dalam simpanan anda. Foto itu mungkin dalam bentuk hitam putih atau sudah pudar warnanya. Usah risau kerana semua gambar boleh diperbaiki.  Lihat contoh dibawah ini.

Foto ini adalah foto rakan saya semasa kecil
Gambar ini adalah gambar rakan saya semasa kecil dan sekarang usianya sudah hampir menjangkau 30'an. Lihat, semasa gambar ini diambil mungkin umurnya sekitar 1 tahun. Dia masih menyimpannya tetapi sudah agak pudar dan terdapat kerosakan disana sini. Alangkah bangganya dia bila dapat menunjukkan kepada anak-anaknya foto beliau semasa berumur 1 tahun. Dengan teknologi hari ini, foto ini sebenarnya boleh diedit sehingga nampak lebih jelas dan lebih efisyen lagi.

Nah...lihat bagaimana hasilnya setelah gambar diatas diperbaiki (diedit, diperbaiki dan kerusinya pula diganti dengan yang lebih moden sedikit).


Nak tahu bagaimana saya edit dan perbaiki gambar ini tunggu artikel akan datang. Pada waktu yang sama kalau ada foto-foto lama anda yang ingin anda perbaiki sila tag di Facebook saya @ NOSA ISKANDAR (Dinsalleh) tapi saya akan kenakan sedikit bayaran (boleh dibincang dulu).

Dibawah ini adalah contoh foto yang telah diedit. Foto 1 (atas) ternyata latar belakangnya rosak teruk, gambarnya agak 'blur' dan warna agak kemerah-merahan.  Sementara foto 2 (bawah) saya telah tukar latar belakangnya dan saya telah 'touch-up sikit-sikit'. Kemudian 'Croping'nya saya buatkan ada margin antara objek dengan latar belakangnya. Lihat perbezaannya foto asal dan foto jelmaan semula. Berbeza tak?


Jumaat, 13 Mei 2011

PENTINGNYA SEBUAH GAMBAR

Sebuah foto atau gambar adalah sesuatu yang amat penting dalam kehidupan manusia. Dari dulu sampai sekarang ianya masih terus relevan dan akan menjadi lebih penting pada saat-saat kita memerlukannya.


Saya biasa merasakan saat-saat yang amat terdesak, tertekan dan jadi tak tentu arah bila saya memerlukan foto atau sekeping gambar untuk suatu tujuan tertentu.


Kenapa begitu?
Kerana gambar berfungsi untuk menyokong apa juga fakta yang kita utarakan. 


Gambar juga menjadi dokumen penting dalam banyak hal. Kad Pengenalan dan Pasport memerlukan foto pemiliknya, mahkamah juga menggunakan foto untuk membuktikan apabila merujuk kepada sesuatu kes. Nak buat fitnah pun, foto dan gambar akan dijadikan faktor dan bukti penting. Kesimpulannya; foto dalam banyak hal adalah segalanya.


Bayangkan kalau kad pengenalan atau pasport tak ada foto pemiliknya. Apakah boleh disahkan bahawa pembawa kad pengenalan atau pasport itu benar-benar pemiliknya. Dalam banyak kes mahkamah juga, gambar menjadi faktor penting sehingga yang berbohong tak mampu berkata apa-apa lagi bila sekeping gambar dijadikan bukti.


Nah... itu fungsi sebuah foto kerana sebuah foto boleh menceritakan macam-macam.


Foto pemandangan boleh menceritakan betapa indahnya sebuah pantai atau gunung atau apa pun keadaan sesuatu tempat dimuka bumi ini. Foto juga mampu mengocak emosi kita.


Bila melihat foto seorang anak kecil yang memungut sesuatu dari tempat pembuangan sampah, apatah lagi yang dipungut itu adalah sisa makanan atau anak kecil yang usianya sekitar 8 tahun mengendong seorang bayi. Aduiiii, tak dapat kita bayangkan bagaimana 'rasa kita' bila melihat sebuah gambar yang 'hidup' dan 'menghidupkan naluri, yang dengan begitu halusnya menyentuh perasaan kita' serta mampu pula meraih simpati kita hingga tanpa disedari kita sudah menitiskan airmata.


Begitulah kuatnya pengaruh dan pengaruh emosi sesekeping gambar.


Emosi anda pasti tergugat bila melihat situasi begini?
Bagaimana pulak bila menatap foto anak kecil ini menangis?
mesti terlintas bermacam persoalan di kepala kita?


Hari ini untuk merakam apa juga foto tidak lagi menyulitkan bagi kebanyakan orang. Kalau dulu hanya yang mampu memiliki kamera saja yang boleh mengambil gambar tapi hari ini ianya lebih mudah kerana kebanyakan telefon bimbit sudah siap sedia dengan kameranya. Jadi dimana-mana dan bila-bila masa pun kita sudah boleh merakamkan peristiwa atau objek yang dirasakan berguna.


Kalau dulu dalam proses mengambil gambar kita terpaksa membeli filemnya terlebih tapi kini semua sudah berubah. Dari filem kini berubah ke 'digital'.  


Dulu untuk sekeping foto kita melalui suatu proses yang rumit, tidak memadai dengan hanya memiliki sebuah kamera sahaja. Kena ada filemnya, kena hantar untuk proses 'develop' atau biasa kita sebut dengan istilah 'cuci gambar'.


Tapi dengan foto digital lebih mudah dengan syarat ada peralatannya seperti kamera, memory card dan card reader. Dan yang amat penting adalah sebuah komputer, kalau anda tidak memiliki komputer, boleh dihantar ke kedai foto yang ada perkhidmatan memproses foto digital.


Kenapa topik ini saya persembahkan kepada anda kali ini.
Kerana saya mahu saya dan anda semua menghargai detik dan peristiwa, harta dan orang yang kita sayangi melalui foto @gambar. Bagi yang mampu memiliki, kamera video juga adalah perlu bagi merakamkan detik peristiwa atau harta benda dan orang yang tersayang.



Lihat saja peristiwa Tsunami di Acheh yang telah memusnahkan banyak
sekali rumah dan bangunan, juga beratus ribu nyawa terkorban tapi
kehendak Allah jualah yang telah menyelamatkan masjid ini dari 

kemusnahan yang mengerikan itu.
Cukup untuk kali tapi  Insyaallah saya akan sambung lagi apa yang ada hubungkait dengan topik ini. Kali ini banyak lagi perkara yang menarik akan saya persembahkan termasuklah cara mengambil atau merakamkan gambar, bagaimana nak edit gambar, teknik super impose dan sebagainya.

Selasa, 10 Mei 2011

MOQADIMMAH

MUQADIMMAH
Dari sini aku bermula......

Blog ini saya bina hasil dari pengalaman yang saya kutip sejak dari tahun 1969 lagi - bermula dari sebuah kampong di Bandar Diraja Kuala Kangsar. Ketika itu saya dianugerahkan Allah SWT daya kreativiti yang sederhana tetapi mampu menonjolkan diri dikalangan rakan-rakan sebaya dan pihak-pihak berkuasa.

Alhamdullillah sejak waktu itu, saya terus mengasah bakat dalam beberapa bidang seperti penulisan, pengurusan, kepimpinan, fotografi, musik dan pembikinan drama.

Saya juga terlibat secara aktif dalam politik (nanti saya ceritakan khusus dalam bab politik pulak)

Walaupun begitu saya tidak fokus pada sesuatu bidang sahaja. Kejayaan yang dicapai tidak mendorong saya untuk terus kekal disesuatu bidang, sedikit disana dan sedikit disini. Sebagai contoh dalam penulisan, saya terlibat dalam penulisan artikel, skrip drama dan lirik lagu.

Dalam penulisan skrip saya berjaya menyiapkan dua naskah pada tahun 80an - Villa Bukit dan Kerana Nadzirah (ditayangkan di RTM1) dan lirik lagu 'Insaf' (Kumpulan Perdana 1995) telah berjaya bertahan selama 7 minggu berturut-turut dalam carta lagu di Radio KL pada ketika itu disamping beberapa lagu yang dicipta oleh Saudara Rosli Selasih.



Dalam bidang fotografi saya telah jga mengukir sejarah dengan tertubuhnya PEJUTA (Persatuan Jurufoto Tanahair) yang berpusat di REDZUAN FOTOMEDIA, Bazar Pertama Kompleks. Saya adalah Setiausaha Agungnya. 
Datuk Hj. Shuhaimi Kamaruddin dalam Majlis Penubuhan PEJUTA  (Persatuan Jurufoto Tanahair) pada 18 Februari 1982 di sebuah hotel di Kuala Lumpur
Ahli-Ahli PEJUTA sedang dalam sessi bergambar di Tasik Perdana Kuala Lumpur

Sebagai wartawan bebas pula saya masih ingat tulisan saya dalam artikel 'Nama Seniman Agung di pawagam dhaif' merujuk kepada Pawagam P. Ramlee yang terletak di Chow Kit. Artikel tersebut telah diterbitkan di Akhbar Mingguan Tanahair dimana pawagam tersebut telah dirobohkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dibawah kuasa Datuk Bandar Tan Sri Elyas Omar.

Memori paling indah dalam hidup saya bila dapat menerbitkan akhbar Suara Belia Malaysia terbitan Majlis Belia Malaysia dan Akhbar Gerakan Belia 4B Malaysia yang dinama Akhbar 'Belia Bergerak'. Saya amat teruja. Dalam bidang pembikinan Buletin atau Mini Akhbar ini saya dianugerahkan bakat agak istimewa kerana kesemua elemen yang diperlukan dalam bidang pembikinannya dari penulisan, fotografi,rekabentuk hinggalah ke rekagrafiknya saya boleh buat sendiri.

Dalam pembikinan drama saya berjaya menjadi Penerbit Eksekutif kepada HVD Holdings Sdn. Bhd. (dulu HVD Film Productions & Distributors Sdn. Bhd.). Memilih skrip dan menyediakan bajet untuk dimajukankepada pihak pengurusan dan kemudiannya melaksanakan pembikinan sesebuah drama yang telah diluluskan skrip dan bajetnya adalah tugas Penerbit Eksekutif..

Dalam bidang kepimpinan belia saya telah berjaya menubuhkan Pertubuhan Belia Dinamik Kuala Lumpur (Dinamik) dan menjadi Presidennya yang pertama. Pengalaman saya di Perak selama hampir 5 tahun menjadi Setiausaha Gerakan Belia 4B Daerah dan Setiausaha Majlis Belia Daerah Kuala Kangsar banyak membantu saya dalam meneruskan kelangsungan saya sebagai Presiden Dinamik.

Sewaktu saya berhijrah ke Negeri Sembilan dalam tahun 1982, saya telah berdaya menubuhkan Gerakan Belia 4B Cawangan Felda Pasoh Satu dan dengan lulusnya pendaftaran saya telah lantik menjadi Naib Pengerusi 4B Daerah Jelebu, Negeri Sembilan.

Kebetulan ketika dilantik menjadi Naib Pengerusi Gerakan Belia 4B Daerah Jelebu, Felda Negeri Sembilan Barat sedang dalam proses penubuhan Majlis Belia Felda Negeri Sembilan Barat. Ketika Mesyuarat Agung penubuhannya saya telah dilantik sebagai Naib Pengerusi majlis tersebut.

Dalam bidang keusahawanan pula saya menjadi Penolong Setiausaha, Persatuan Peniaga-Peniaga Bumiputera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Dan kemudian menubuhkan pula Pertubuhan Putraniaga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PUTRANIAGA) dan saya adalah Setiausaha Agungnya yang pertama. Projek pertama PUTRANIAGA adalah Expo Perdagangan di Plaza Bukit Bintang dan kemudiannya Plaza UE3 di Cheras, Kuala Lumpur.