Ahad, 29 Jun 2014

Egonya Seorang Ketua Kampung

      Aku adalah Setiausaha kepada Pesatuan Anak Rantau Sayong Lembah atau lebih dikenali dengan singkatannya PERANTAU. Dan Perantau adalah sebuah NGO yang aktif walaupun masih dalam peringkat panajaan lagi. Dan aku suka menegaskan bahawa kami tidak menggalakkan ahli-ahli mengamalkan 'politiking' dalam sebarang kegiatan yang dijalankan walau setiap ahli ada pegangan politik masing-masing.
      Dan kampung aku, Kampung Sayong Lembah memang tidak pernah sunyi dari pergolakan politik dari dulu sampai sekarang. Hanya bezanya, dulu walaupun terdapat pesaingan antara Parti Sosialis Rakyat, PAS dan UMNO tapi persaingan hari ini nampak lebih hebat.
      Dulu parti kepala kerbau (PRM) boleh duduk minum kopi semeja dengan pemimpin UMNO dan PAS. Tapi sekarang ni dah jadi lain. Usahkan nak sembang-sembang di kedai kopi, di masjid pun tak boleh berbincang apa-apa hal kerana berlainan fahaman politik. Bukan semua, ada juga yang tak menjadi masaalah duduk semeja bebincang hal-hal kampung tetapi ia masih ada masalah dalam kelompok masing-masing terutamanya dalam UMNO. Orang UMNO boleh berbincang dan terlibat dalam aktiviti masjid akan disisih oleh gu UMNO yang memihak kepada gu yang tak suka untuk terlibat dengan sebarang aktiviti masjid.
       Ketua Kampung (tentunya dari UMNO) tidak sebulu dengan orang UMNO yang sukakan aktiviti masjid. Kalau dulu ketua kampung biasanya akan berucap setiap kali selepas solat Jumaat, bagi menghebah-kan aktiviti kampung tetapi kini ketua kampung yang ada sudah tidak lagi berbuat demikian.Sebabnya mudah kerana dia tidak mau terlibat dengan aktiviti masjid. Dan dia juga pernah terlibat dengan aktiviti tidak bermoral pada tahun lepas. Tetapi nampaknya Ketua Bahagian dan Jawatankuasa Bahagian tidak pula mengambil apa apa tindakan atas kerendahan moral yang dilakukan oleh beliau.
       Lupakan dulu soal itu. Pada bulan Oktober.2012 PERANTAU telah dihubungi oleh sebuah persatuan pelajar dari sebuah universiti di lembah kelang untuk menjalinkan kerjasama dalam mengelolakan sebuah progam kemasyarakatan iaitu Program Khidmat Kesihatan. Pada awalnya persatuan itu telah terlebih dahulu berhubung dengan ketua kampung. Tetapi tunggu punya tunggu takde jawapan dari ketua kampung, Maka persatuan pelajar itu pun minta PERANTAU jadi penyelaras dalam usaha meneruskan program tersebut pada tarikh yang telah ditetapkan iaitu pada 25 hingga 27 Januari 2013.
       Lanjutan dari perancangan itu kedua-dua belah pihak mengadakan beberapa perbincangan dan mesyuarat, mengatur jadual dan aktiviti program serta bajet yang diperlukan. PERANTAU pula telah mendapatkan persetujuan dan kerjasama Jawatankuasa Masjid di kampung untuk program itu dijalankan. Pembahagian tugas juga sudah diatur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan