Rabu, 20 Februari 2013

SETELAH BUSANARIA BERJAYA DIWUJUDKAN:  
KEGIGIHAN KU NAMPAK NYATA

Dua tiga hari lalu, setelah aku dan isteriku Tengku Sabariah berjaya membuka sebuah kedai kecil berhampiran Greenwood, Gombak... aku dapat rasakan bahawa aku kian bersemangat dan gigih.
Walaupun sekadar sekangkang kera tetapi aku anggap itu satu peluang yang baik kerana selepas ini aku sudah boleh beri tumpuan dalam usaha untuk mencari rezeki seharian. 

Dan aku yakin dengan kemahiran isteriku dalam bidang jahitan kami akan dapat mengembeling tenaga untuk menjayakan usaha kami itu. Setelah lengkap semua keperluan untuk kedai jahit isteri ku, akan kami tambah satu lagi perniagaan dalam premis kami itu. Dan tentunya untuk aku mengusahakan pula urusniaga grafik yang menjadi kiemahir ku....

Itu sudah pasti kerana aku yakin aku akan dapat menawarkan kepada pelanggan disekitar premis yang agak pesat pertumbuhannya terutama perniagaan kecil dan sederhana.

Apapun aku berharap dan berdoa agar Allah akan memberkati usaha yang kami lakukan. Dan aku yakin usaha yang kami lakukan akan dapat memulihkan semula  keyakinan ku untuk  menapak kembali dalam kehidupan ku yang agak terencat semenjak aku stroke pada pertengahan Jun 2009.

Harapan aku semoga kawan-kawan ku, aku berharap sangat agar menyokong usaha kecil-kecilan ku ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan