Ahad, 19 Ogos 2012

PETUA IMAM GHAZALI MENCARI LAILATUL QADAR
Pesan junjungan besar Nabi Muhammad SAW adalah malam Lailatu Qadar berlaku pada satu malam daripada 10 malam bulan Ramadhan. Dan pesannya juga ianya akan terjadi pada hari ganjil dimalam2 tersebut.

Lain ulama juga sependapat dengan Imam Ghazali sekiranya awal Ramadhan jatuh pada malam:

1.    Ahad atau Rabu malam Laitul Qadarnya akan berlaku pada 29 Ramadhan.
2.    Isnin malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku 21 Ramadhan
3.    Selasa atau Jumaat malam Laliltul Qadar dijangka akan berlaku 27 Ramadhan
4.    Khamis malam Lailatul Qadar dijangka pada 25 Ramadhan
5.    Sabtu malam dijangka Laitul Qadar pada 23 Ramadhan.

Kata Sheikh Abu Hasan dengan mengikut petua diatas dia sentiasa dapat menghidupkan Malam Laitul Qadar. Peristiwa itu berlaku sejak dia baliq. Walaubagaimana pun, ibadah jangan sekadar dimalam yang dinyatakan diatas, buat juga ibadah pada malam-malam ganjil yang lain.

Tanda malam Lailatul Qadar: Malam yang tenang. Tidak panas dan tidak juga panas.
Siangnya pula, cahaya matahari kelihatan pucat. Pada malam itu menurut Nabi Muhammad Malaikat Jibril akan bersalaman dengan orang yang beribadah. Tandanya orang yang di salami terasa sayu hatinya dan kemudiannya secara tiba-tiba menangis teresak-esak.

Dengan demikian, marilah kita bersama memeriahkan suasana 10 malam terakhir di bulan Ramadhan berbuat ibadah kepada Allah SWT dengan penuh ikhlas dan penuh keimanan dan ketaqwaan. Mudah-mudahan kurniaan Allah yang pahalanya melebihi 1000 bulan atau 83 umur kita.

Sumber: Penawar Rindu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan