Sabtu, 4 Jun 2011

PERCUTIAN SAHABATKU PAK MAEL DENGAN KELUARGA BAHAGIANYA.

Pak Mael pada mulanya saya kenal melalui Ruangan Mari Berpantun Laman Sosial FB, Dari berbalas-balas pantun hinggalah ke sembang FB. Dari situ saya yakin bahawa antara saya dan Pak Mael banyak persamaan. Dia minat Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee,. saya juga punyai minat yang sama. Begitu juga berpantun, nampak banyak persamaan antara kami.


Inilah Pasangan Bahagia Pak Mael dan Isterinya Puan Naeimah Hanif
Dari situlah rakan FB ini semakin rapat dengan saya. Apa saja aktiviti saya dia akan 'Like'. Sebagai penghargaan saya kepadanya saya buatkan sebuah foto cover majallah 'FAMILY & FRIEND', kemudian saya edit sekeping foto dia dan isterinya semasa dalam percutian di Gambang.

Dan atas rasa teruja saya dengan perhatian dan doa-doa Pak Mael saya edit foto-foto percutianya ke Pahang dan Trengganu. Walaupun hanya berkongsi rasa melalui foto-fotonya saya tersentuh kerana dapat melihat sebuah keluarga yang pastinya dirahmati Allah SWT. dan disinari dengan kejayaan dan kebahgiaan. Selain itu saya juga telah menyiapkan sebuah slideshow untuknya.

Album dan Slideshow tersebut saya beri judul "Percutian Pak Mael dan keluarga bahgianya". Album dan slideshow ini telah mendapat komen yang sungguh menggalakkan dari Rakan-Rakan FB. Terimakasih atas penghargaan dan aprisiasi yang diberikan.



Kedua-dua gambar diatas ini saya ceriakan. Dua orang anak Pak Mael ini merakamkan gambar mereka berlatarbelakangkan laut yang membiru tetapi Jurufoto yang mengambil foto asal (Foto 1) telah merakamkan foto
dengan tidak mengimbangkan latar belakang foto asal maka foto tersebut jelas memperlihatkan garis laut todak
seimbang manakala foto 2 adalah foto yang edit akan nampak lebih hidup dengan menambah objek bot pelancongan dan speed bot agar nampak lebih seimbang, ceria dan segar.
Ini adalah foto cucu Pak Mael yang saya jadikan cover majallah
Gambar2 Percutian sahabatku Pak Mael dengan keluarga bahagianya.dalam FB

2 ulasan:

  1. saya buta kayu bab2 kecanggihan IT ni..blog pun anak2 yg buat..tertarik sgt tgok foto2 ni..camna nak buat cover magazine tu..lawa laa..

    BalasPadam
  2. As'kum, terimakasih kerana berminat dengan foto yang pamerkan dalam blog ni... kalau minat cover majallah pergi ke tajuk "PENGHARGAAN BUAT RAKAN FB". Kat artikel tu banyak lagi contoh-contoh cover majalah yang telah saya buat.

    Dan dibawah artikel tersebut puan boleh klik link: http://www.facebook.com/media/set/?set=a.146206828784577.36779.100001857815656

    Cara nak buat, saya lebih suka kalau puan ada FB sebab saya boleh tunjukkan cara nak membuatnya malah saya bersedia untuk buat contoh untuk puan dari gambar yang ada dalam album puan.

    Apapun saya suka tunjukkan kepada puan dan sesiapa saja yang ingin mempelajari teknik membuat cover majallah ini secara detail, agar lebih seronok dan lebih mencabar.

    Nak tau cara dan Rahsianya: Ad saya di FB - klik aje di FB mask (yang ada gambar saya dalam kotak warna hijau)tu, puan akan sampai ke FB saya. Insyaallah saya akan terangkan satu persatu langkah-langkah perlu kearah merealisasikan pembuatan cover majalah dan lain foto kreatif. Tkasih

    BalasPadam