Saya biasa merasakan saat-saat yang amat terdesak, tertekan dan jadi tak tentu arah bila saya memerlukan foto atau sekeping gambar untuk suatu tujuan tertentu.
Kenapa begitu?
Kerana gambar berfungsi untuk menyokong apa juga fakta yang kita utarakan.
Gambar juga menjadi dokumen penting dalam banyak hal. Kad Pengenalan dan Pasport memerlukan foto pemiliknya, mahkamah juga menggunakan foto untuk membuktikan apabila merujuk kepada sesuatu kes. Nak buat fitnah pun, foto dan gambar akan dijadikan faktor dan bukti penting. Kesimpulannya; foto dalam banyak hal adalah segalanya.
Bayangkan kalau kad pengenalan atau pasport tak ada foto pemiliknya. Apakah boleh disahkan bahawa pembawa kad pengenalan atau pasport itu benar-benar pemiliknya. Dalam banyak kes mahkamah juga, gambar menjadi faktor penting sehingga yang berbohong tak mampu berkata apa-apa lagi bila sekeping gambar dijadikan bukti.
Nah... itu fungsi sebuah foto kerana sebuah foto boleh menceritakan macam-macam.
Foto pemandangan boleh menceritakan betapa indahnya sebuah pantai atau gunung atau apa pun keadaan sesuatu tempat dimuka bumi ini. Foto juga mampu mengocak emosi kita.
Bila melihat foto seorang anak kecil yang memungut sesuatu dari tempat pembuangan sampah, apatah lagi yang dipungut itu adalah sisa makanan atau anak kecil yang usianya sekitar 8 tahun mengendong seorang bayi. Aduiiii, tak dapat kita bayangkan bagaimana 'rasa kita' bila melihat sebuah gambar yang 'hidup' dan 'menghidupkan naluri, yang dengan begitu halusnya menyentuh perasaan kita' serta mampu pula meraih simpati kita hingga tanpa disedari kita sudah menitiskan airmata.
Emosi anda pasti tergugat bila melihat situasi begini? |
Bagaimana pulak bila menatap foto anak kecil ini menangis? mesti terlintas bermacam persoalan di kepala kita? |
Hari ini untuk merakam apa juga foto tidak lagi menyulitkan bagi kebanyakan orang. Kalau dulu hanya yang mampu memiliki kamera saja yang boleh mengambil gambar tapi hari ini ianya lebih mudah kerana kebanyakan telefon bimbit sudah siap sedia dengan kameranya. Jadi dimana-mana dan bila-bila masa pun kita sudah boleh merakamkan peristiwa atau objek yang dirasakan berguna.
Kalau dulu dalam proses mengambil gambar kita terpaksa membeli filemnya terlebih tapi kini semua sudah berubah. Dari filem kini berubah ke 'digital'.
Dulu untuk sekeping foto kita melalui suatu proses yang rumit, tidak memadai dengan hanya memiliki sebuah kamera sahaja. Kena ada filemnya, kena hantar untuk proses 'develop' atau biasa kita sebut dengan istilah 'cuci gambar'.
Tapi dengan foto digital lebih mudah dengan syarat ada peralatannya seperti kamera, memory card dan card reader. Dan yang amat penting adalah sebuah komputer, kalau anda tidak memiliki komputer, boleh dihantar ke kedai foto yang ada perkhidmatan memproses foto digital.
Kenapa topik ini saya persembahkan kepada anda kali ini. Kerana saya mahu saya dan anda semua menghargai detik dan peristiwa, harta dan orang yang kita sayangi melalui foto @gambar. Bagi yang mampu memiliki, kamera video juga adalah perlu bagi merakamkan detik peristiwa atau harta benda dan orang yang tersayang.
Cukup untuk kali tapi Insyaallah saya akan sambung lagi apa yang ada hubungkait dengan topik ini. Kali ini banyak lagi perkara yang menarik akan saya persembahkan termasuklah cara mengambil atau merakamkan gambar, bagaimana nak edit gambar, teknik super impose dan sebagainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan