Ahad, 15 Mei 2011

FOTO: SEGARKAN KENANGAN LAMPAU

Seperti yang dinyatakan dalam tulisan saya dalam artikel 'Pentingnya sebuah gambar' bertarikh 13 May 2011 yang lalu, dalam situasi tertentu gambar @foto menjadi amat diperlukan dan pada masa yang lain pula ianya dapat mempengaruhi emosi kita.

Lantaran itu foto merupakan sesuatu yang amat perlu diberikan jagaan rapi terutama yang menyangkut hal-hal peribadi yang melibatkan kenangan, tak kiralah kenangan manis maupun kenangan pahit. Contohnya; foto perkahwinan, foto semasa zaman remaja, foto bersama keluarga, foto di kolej, foto peristiwa penting dalam hidup kita dan berbagai lagi foto yang sepatutnya dijaga rapi.

Namun demikian banyak yang lalai dalam hal ini. Kebanyakannya membiarkan foto begitu saja tanpa menjaga dan menyimpan dengan baik. Akibatnya apabila diperlukan, kita mula kelam kabut - tercari ke sana sini.

Kali ini saya ingin menyentuh tentang foto lama. Foto lama amat-amat berharga sebenarnya. Contohnya foto ibubapa anda yang telah pergi buat selama-lamanya. Ada yang menyimpan foto ibu mereka semasa hidupnya, ada pula menyimpan koleksi yang banyak, kadangkala diwarisi dari ibubapa mereka sendiri (termasuk album peribadi keluarga). Tapi kebanyakan orang tidak prihatin untuk menyimpan foto kenangan mereka termasuk foto kedua orangtua mereka.

Minggu ini saya ingin menyentuh mengenai bagaimana nak menjaga dan edit gambar lama yang ada dalam simpanan anda. Foto itu mungkin dalam bentuk hitam putih atau sudah pudar warnanya. Usah risau kerana semua gambar boleh diperbaiki.  Lihat contoh dibawah ini.

Foto ini adalah foto rakan saya semasa kecil
Gambar ini adalah gambar rakan saya semasa kecil dan sekarang usianya sudah hampir menjangkau 30'an. Lihat, semasa gambar ini diambil mungkin umurnya sekitar 1 tahun. Dia masih menyimpannya tetapi sudah agak pudar dan terdapat kerosakan disana sini. Alangkah bangganya dia bila dapat menunjukkan kepada anak-anaknya foto beliau semasa berumur 1 tahun. Dengan teknologi hari ini, foto ini sebenarnya boleh diedit sehingga nampak lebih jelas dan lebih efisyen lagi.

Nah...lihat bagaimana hasilnya setelah gambar diatas diperbaiki (diedit, diperbaiki dan kerusinya pula diganti dengan yang lebih moden sedikit).


Nak tahu bagaimana saya edit dan perbaiki gambar ini tunggu artikel akan datang. Pada waktu yang sama kalau ada foto-foto lama anda yang ingin anda perbaiki sila tag di Facebook saya @ NOSA ISKANDAR (Dinsalleh) tapi saya akan kenakan sedikit bayaran (boleh dibincang dulu).

Dibawah ini adalah contoh foto yang telah diedit. Foto 1 (atas) ternyata latar belakangnya rosak teruk, gambarnya agak 'blur' dan warna agak kemerah-merahan.  Sementara foto 2 (bawah) saya telah tukar latar belakangnya dan saya telah 'touch-up sikit-sikit'. Kemudian 'Croping'nya saya buatkan ada margin antara objek dengan latar belakangnya. Lihat perbezaannya foto asal dan foto jelmaan semula. Berbeza tak?


1 ulasan:

  1. Salam.. wah sesuatu yg bagus, bolehlah saya mula mencari gmbr2 lama yg berada di kampung ataupun didlm stor dirumah sendiri.. Byran enggak usah mahal2 ya pak..
    Wankamar.

    BalasPadam