Sabtu, 28 Julai 2012

RAMADHAN AL MUBARAK

DI SEBALIK IQRA

       Di bulan yang mulia ini mari kita menyingkap sedikit persoalan disebalik Iqra di dalam kehidupan manusia hari ini. Realiti umat hari ini amat sedikit yang suka membaca. Dan dari sedikit yang membaca itu pula sedikit saja yang memahami. Daripada sedikit yang memahami itu, sedikit pula yang menguasai. Dan dari sedikit yang memahami itu, hanya sedikit pula yang menguasai dan mengamalkan. Bila sedikit yang mengamalkan pasti sedikit pula yang mampu menyebarkannya.
       Bagaimana umat Islam akan membangun kalau itu keadaan dan realitinya. Sedangkan membaca itu bukan sekadar hobi tetapi suatu tuntutan dan keperluan. Tidak keterlaluan kalau dikatakan membaca ibarat oksigen bagi nafas manusia islam untuk menuju kejayaan. Sejarah telah menunjukkan bahawa manusia dibangunkan dengan roh iqra pada permulaan sejarah Islam dan kenabian Nabi Muhammad SAW. Dipermulaan sejarah yang penuh karamah itu Nabi Muhammad di tarbiyahkan dengan kalimah Iqra untuk kemudian ditarbiyahkan kepada umatnya. 

Ahad, 22 Julai 2012


PERISTIWA PENTING BULAN SYAABAN

1. PENUKARAN ARAH KIBLAT
OLEH AL-BAKRIAH
Pada awal diwajibkan perintah solat kepada umat Islam, Rasulullah SAW dan para sahabat berkiblatkan Baitul Muqaddis. Ini telah menjadi satu kontraversi pada waktu itu. Umat Yahudi telah mendakwa bahawa agama mereka adalah benar dan diredhai oleh Allah SWT kerana umat Islam telah meniru arah ibadat mereka iaitu menghadap Baitul Muqaddis.
Umat Islam telah ditohmah dengan berbagai-bagai tohmahan dan ujian. Para Sahabat RA telah mengadu kepada Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW menyuruh mereka agar terus bersabar dengan ujian itu sehinggalah ada perintah baru dari Allah SWT. Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Mendengar tentang apa yang berlaku pada ketika itu. Allah SWT telah mewahyukan agar Rasulullah SAW mengadap ke Baitullah Kaabah.
Sebahagian ulamak sirah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menerima wahyu perintah mengadap Baitullah pada 15 Syaaban semasa beliau mengimamkan solat. Sebahagian ulamak mengatakan pada solat Asar, ada yang mengatakan Maghrib dan ada yang meriwayatkan pada solat Isya’. Rasulullah SAW sebagai imam terus mengadap ke Baitullah dan diikuti oleh para sahabat sebagai makmum.

2. Peperangan Bani Mustaliq (Muraisi’)

Bani Mustaliq ialah salah satu puak dari kaum Yahudi. Mereka telah merancang untuk membunuh Rasulullah SAW dan berita ini disampaikan kepada Rasulullah SAW oleh seorang sahabat dari puak badwi. Peperangan ini adalah turutan dari peperangan bani Quraizah, kaum yahudi yang telah dihalau oleh Rasulullah SAW keluar dari Madhinah. Peristiwa ini terjadi pada bulan Syaaban, 5H. Pasukan kaum muslimin dapat melumpuhkan pasukan Bani Mustaliq.
Sebagian pasukan Bani Mustaliq ada yang ditawan, termasuklah salah seorang putri pemuka Bani Mustaliq yaitu Barrah, yang nama lengkapnya adalah Barrah binti al-Harris bin Dirar bin Habib bin Aiz bin Malik bin Juzaimah Ibnu al-Mustaliq. Al-Harris bin Dirar, ayah Barrah adalah pemimpin Bani Mustaliq. Barrah telah menjadi tawanan perang milik Sabit bin Qais. Disebabkan Barrah ini seorang perempuan yang cerdik, ia meminta untuk dibebaskan dari Sabit bin Qais, setelah diadakan pembicaraan, Sabit bin Qais meminta tebusan yang mahal.
Tetapi, Barrah waktu itu langsung menemui Rasulullah SAW untuk membicarakan masalah tebusan bagi dirinya. Kemudian Rasulullah SAW pada waktu itu menyetujui membebaskan Barrah dan menebusnya dari Sabit bin Qais dan terus menikahi Barrah dan Rasulullah SAW mengganti nama Barrah menjadi Juwairiyah. Tindakan Rasulullah SAW ini telah memberi banyak faedah kepada umat Islam ketika itu, diantaranya ialah ramai dikalangan Bani Mustaliq yang memeluk Islam dan terpadamnya dendam permusuhan di antara umat Islam dan Bani Mustaliq. Juwairah meninggal dunia pada tahun 56H.

Lihatlah, baru masuk Islam, dirikan masjid dari sabut kelapa untuk solat berjemaah

http://greenboc.blogspot.com,23 Jul 2012

Subhanallah

Orang-orang di Republik Togo, Afrika Barat. Mereka baru saja masuk Islam, kemudian membangunkan masjid ala kadarnya dari sabut kelapa. - Dr. Muhammad al Khudairi

Ulasan GB

Demikian untuk kita renung sejenak di bulan mulia ini.

Orang yang baru menganut Islam, sanggup dengan apa jua keadaannyamendirikan sebuah "masjid"/"surau" dari sabut kelapa untuk mendirikan solat.

Sedangkan kita yang dah lama Islam, malah kebanyakannya dilahirkan sudahpun beragama Islam, masjid sebesar mahligai dengan lantai mosaic & berkarpet lagi, beratap genting berlampu gantung, pun masih ramai yang leka dan lalai mendirikan solat.

Melihat gambar di atas, tidakkah kita mahu menyedari & menginsafi:

"Maka nikmat Allah yang mana hendak kamu dustakan? [Ar-Rahman:13] dan firman Allah lagi

“Hai orang-orang beriman, barangsiapa yang murtad di antara kamu dari pada agamanya, kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum, Allah mengasihi mereka dan mereka mengasihi Allah, mereka lemah lembut terhadap orang beriman dan tegas terhadap orang-orang yang ingkar. Mereka berjuang pada jalan Allah, dan tidak takut akan cerca orang yang mencerca. Demikian itu kurnia Allah, diberikan kepada sesiapa yang dikehendakinya, Allah luas kurnianya lagi maha mengetahui.”(Al-Maidah:54)

Sabtu, 14 Julai 2012

AKU SUKA AKTIVITI SOSIAL 
DAN KEMASYARAKATAN

Bincang-bincang bersama JK Persatuan Anak Rantau
Sayong Lembah
Agak ganjil dalam usia emas aku masih berminat dalam aktiviti berpersatuan macam dulu-dulu. Dari Tingkatan 3 semasa di bandar kelahiran ku aku telah menjadi pemimpin kepada pergerakan belia di Kuala Kangsar. Sejak itu aku terus bergerak menjadi aktivis dalam bermacam pergerakan sukarela. Pernah menjadi Presiden kepada Pergerakan Belia Dinamik Kuala Lumpur tidak juga berkecuali dalam pergerakan politik hingga aku menjadi Setiausaha Penerangan dan Setiausaha Pilihanraya keAdilan Negeri Perak satu jawatan tertinggi yang pernah aku capai dalam sejarah politik  hidupku.
           Dalam usia menjangkau 60 tahun ini aku masih berminat untuk menjadi Setiausaha kepada Persatuan Anak Rantau Sayong Lembah (Perantau) yang baru saja ditubuhkan beberapa bulan lalu. Dalam politik aku masih terlibat dalam Jawatankuasa PRU P118 Setiawangsa yang dulunya aku menjawat jawatan Setiausaha. 
           Itulah aku yang tak pernah jemu-jemu dalam pergerakan sosial dan kemasyarakatan tetapi sampai saat ini tidak ada satu pun persatuan yang aku pernah berkhidmat itu ambil peduli apabila aku mengalami stroke pada tahun 2009 dan sampai sekarang ini aku masih tidak berdaya untuk mencari rezeki dalam keadaan aku yang tidak lagi mampu bergerak bebas seperti dulu-dulu.