Ahad, 29 Jun 2014

Egonya Seorang Ketua Kampung

      Aku adalah Setiausaha kepada Pesatuan Anak Rantau Sayong Lembah atau lebih dikenali dengan singkatannya PERANTAU. Dan Perantau adalah sebuah NGO yang aktif walaupun masih dalam peringkat panajaan lagi. Dan aku suka menegaskan bahawa kami tidak menggalakkan ahli-ahli mengamalkan 'politiking' dalam sebarang kegiatan yang dijalankan walau setiap ahli ada pegangan politik masing-masing.
      Dan kampung aku, Kampung Sayong Lembah memang tidak pernah sunyi dari pergolakan politik dari dulu sampai sekarang. Hanya bezanya, dulu walaupun terdapat pesaingan antara Parti Sosialis Rakyat, PAS dan UMNO tapi persaingan hari ini nampak lebih hebat.
      Dulu parti kepala kerbau (PRM) boleh duduk minum kopi semeja dengan pemimpin UMNO dan PAS. Tapi sekarang ni dah jadi lain. Usahkan nak sembang-sembang di kedai kopi, di masjid pun tak boleh berbincang apa-apa hal kerana berlainan fahaman politik. Bukan semua, ada juga yang tak menjadi masaalah duduk semeja bebincang hal-hal kampung tetapi ia masih ada masalah dalam kelompok masing-masing terutamanya dalam UMNO. Orang UMNO boleh berbincang dan terlibat dalam aktiviti masjid akan disisih oleh gu UMNO yang memihak kepada gu yang tak suka untuk terlibat dengan sebarang aktiviti masjid.
       Ketua Kampung (tentunya dari UMNO) tidak sebulu dengan orang UMNO yang sukakan aktiviti masjid. Kalau dulu ketua kampung biasanya akan berucap setiap kali selepas solat Jumaat, bagi menghebah-kan aktiviti kampung tetapi kini ketua kampung yang ada sudah tidak lagi berbuat demikian.Sebabnya mudah kerana dia tidak mau terlibat dengan aktiviti masjid. Dan dia juga pernah terlibat dengan aktiviti tidak bermoral pada tahun lepas. Tetapi nampaknya Ketua Bahagian dan Jawatankuasa Bahagian tidak pula mengambil apa apa tindakan atas kerendahan moral yang dilakukan oleh beliau.
       Lupakan dulu soal itu. Pada bulan Oktober.2012 PERANTAU telah dihubungi oleh sebuah persatuan pelajar dari sebuah universiti di lembah kelang untuk menjalinkan kerjasama dalam mengelolakan sebuah progam kemasyarakatan iaitu Program Khidmat Kesihatan. Pada awalnya persatuan itu telah terlebih dahulu berhubung dengan ketua kampung. Tetapi tunggu punya tunggu takde jawapan dari ketua kampung, Maka persatuan pelajar itu pun minta PERANTAU jadi penyelaras dalam usaha meneruskan program tersebut pada tarikh yang telah ditetapkan iaitu pada 25 hingga 27 Januari 2013.
       Lanjutan dari perancangan itu kedua-dua belah pihak mengadakan beberapa perbincangan dan mesyuarat, mengatur jadual dan aktiviti program serta bajet yang diperlukan. PERANTAU pula telah mendapatkan persetujuan dan kerjasama Jawatankuasa Masjid di kampung untuk program itu dijalankan. Pembahagian tugas juga sudah diatur.

KUN FA YA KUN
Episod 2

           Rahim adalah seorang yang 'smart' tetapi licik. Dia boleh menjadi mengkarung yang bertukar warna mengikut situasi dan keperluan. Ku kenal Rahim lebih dari 10 tahun. Ketika di Taman Melati bersama Aruah sahabat ku Nizarman (ku gelar dia 'Man Dempak' sebab bentuk tubuhnya gemuk pendek).
           Kalau bab bercakap dia memang mahir malah suaranya yang cukup lantang membuat setiap pendengar akan terpesona dengan apa yang diucapkannya. Lagi satu kepakarannya adalah memikat wanita sebab itu Rahim mampu beristeri lebih dari satu.
           Sebenarnya dalam kaitan dia dengan aku adalah bila dia menyertai Parti Keadilan Rakyat Cabang Setiawangsa menjelang PRU12. Masa itu aku menjadi Setiausaha Jawatankuasa Pengelola. Oleh kerana kepetahannya berucap dia kami letakkan dalam Biro Penerangan dan peranannya di PRU itu adalah menjadi Juruacara atau Penceramah sementara menunggu Penceramah sebenarnya datang.
           Tetapi kehidupannya masa itu tidaklah mewah saperti sekarang ini. Masa tu dia hanya memandu kereta Kancil sahaja, itu pun milik isteri pertamanya yang menjadi guru Sekolah Agama Rakyat (SAR). Selepas PRU dia terus bersama ku, tiap pagi dia akan datang kerumah ku, bersarapan dan kemudian sesama kami berpergian mencari peluang. Ku sebut mencari 'peluang' kerana kami berdua tidak punyai pekerja tetap. Aku hanya bergantung kepada kerja harian ku sebagai pereka grafik. Rahim pula tak punyai sebarang pekerjaan.

Jumaat, 22 Februari 2013

AKU INGIN JADI SAHABAT YANG TULUS DAN SETIA

Bangga bila melihat sahabat diapit mesra oleh rakan2nya yang bukan sebangsa dengannya
Terasa bangga bila punya sahabat yang belajarnya jauh di negeri orang. Bangga kerana aku pernah berharap untuk menjadi seperti dirinya tetapi apakan daya hasrat itu tidak kesampaian kerana familiku bukan 'orang berada' tetapi kini tak ku sangka aku dapat dekat dengan seseorang yang amat aku bangga kerana ilmunya lebih dari apa yang aku ada. Kekadang terasa saperti aku tidak layak malah untuk bertegur sapa sekali pun...Itulah anehnya jiwa sedangkan dia bukan siapa-siapa dan tidak pulak penah bersua muka...

Aku kenal wajahnya sekadar di alam maya tetapi terasa sayang untuk aku terus pergi begitu saja....Itulah anehnya perasaan yang ada dilubuk dada. Bila tidak bertegur sapa kehilangan tetap terasa, jangan salah sangka kerana aku sekadar berharap untuk  lebih dari bersahabat saja tidak lebih dari itu. Persahabatan kerana aku bangga bla seorang yang sebangsa dengan ku dapat berada jauh lebih berupaya dari apa yang aku ada.
.
Bakat dan apa yang ada pada dirinya membuat rasa kagum ku amat memuncak jauh setinggi Kinabalu
yang berdiri megah.... bla ku dongak dan pandang ke puncak terlalu aku kerdil rasanya.  Itulah rasa yang dianugerahkan oleh yang maha esa.. Pun begitu aku tetap berasa bangga dapat berkenal dan bertegur sapa dengan seorang wanita yang tinggi cita-cita dan halatujunya. Doaku agar dia akan terus diberikan keupayaan untuk menggapai bintang dilangit,

Sekarang aku masih berteka kata... kerana tegur sapanya terasa tiada ceria seperti mula-mula berbicara..
Sibuk kah dia atau sakitkan dia.atau jemukan dia? Itulah kitaran rasa yang semarak didada.yang kekadang terasa semacam cemas....bimbang... risau... berganti setiap detik dan ketika. Apakah aku mengganggunya atau terasa jemukan dia mendengar bebelan ku yang entah apa-apa...

Maafkan saya jika itulah yang engkau rasa dan aku baru tersadar aku bukan siapa-siapa dalam hidupnya.....

Biar masa menentukannya... dan aku akan pasrah apa maunya.....
Biar Allah yang menentukan qada dan qadarnya....
Sekali lagi jangan tersalah sangka... ku hanya beharapkan sebuah persahabatan yang tulus dan setia.sampai bila-bila...
..

Rabu, 20 Februari 2013

SETELAH BUSANARIA BERJAYA DIWUJUDKAN:  
KEGIGIHAN KU NAMPAK NYATA

Dua tiga hari lalu, setelah aku dan isteriku Tengku Sabariah berjaya membuka sebuah kedai kecil berhampiran Greenwood, Gombak... aku dapat rasakan bahawa aku kian bersemangat dan gigih.
Walaupun sekadar sekangkang kera tetapi aku anggap itu satu peluang yang baik kerana selepas ini aku sudah boleh beri tumpuan dalam usaha untuk mencari rezeki seharian. 

Dan aku yakin dengan kemahiran isteriku dalam bidang jahitan kami akan dapat mengembeling tenaga untuk menjayakan usaha kami itu. Setelah lengkap semua keperluan untuk kedai jahit isteri ku, akan kami tambah satu lagi perniagaan dalam premis kami itu. Dan tentunya untuk aku mengusahakan pula urusniaga grafik yang menjadi kiemahir ku....

Itu sudah pasti kerana aku yakin aku akan dapat menawarkan kepada pelanggan disekitar premis yang agak pesat pertumbuhannya terutama perniagaan kecil dan sederhana.

Apapun aku berharap dan berdoa agar Allah akan memberkati usaha yang kami lakukan. Dan aku yakin usaha yang kami lakukan akan dapat memulihkan semula  keyakinan ku untuk  menapak kembali dalam kehidupan ku yang agak terencat semenjak aku stroke pada pertengahan Jun 2009.

Harapan aku semoga kawan-kawan ku, aku berharap sangat agar menyokong usaha kecil-kecilan ku ini.


Sabtu, 16 Februari 2013

BUSANA RIA DI BUKA




Setelah sekian lama berurusniaga dirumah, 
akhirnya Busanaria dapat menyewa sebuah kedai kecil 
tak jauh dari rumah ku. 
Dan alhamdullillah hari pertama 
kedai kami dibuka sudah ada pelanggan 
yang membuat tempahan.

Dan dengan kemahiran ku yang tak seberapa
aku telah merekabentuk banting dan kain rentang 
untuk kedai kami yang ku namakan 
busanaria d'greenwood
kerana kebetulan kedai kami 
berhampiran dengan Greenwood Gombak.


Khamis, 14 Februari 2013

KEMASYARAKATAN

ALAH BISA TEGAR BIASA

Itulah pepatah kita orang melayu. Tetapi kebanyakan kita tidak mengamalkan apa yang dimaksudkan oleh pepatah berkenaan. Ada yang bila perdengarkan pepatah tersebut langsung tak tau apa maksudnya. Begitulah orang kita. Dah terbiasa dengan budaya 'buat dek' atau 'buat tau' itu.

Ada yang sengaja buat-buat tak tau walaupun sebenarnya dia tau. Aduhai... manusia macam apa bila sesuatu yang amat penting pun masih buat-buat tak tau. Itu ragam sebenar orang kita. Tapi bila terkena batang hidung sendiri mulalah buat hal. Dan paling tak sedapnya orang yang begini akan selalu menyalahkan orang lain bila sesuatu hal yang membabitkan dirinya berlaku.

Situasi begini terjadi dalam kehidupan seharian kita. Tak kiralah samaada dalam perniagaan, dalam politik dalam persatuan dan sebagainya. Sekarang ni saya lihat budaya 'buat dek' ini dah semakin menjadi-jadi. Ada yang ada persatuan langusng tak ambik berat fasal persatuannya, ada yang berpolitik tak benar-benar serius dengan politik, ada kawan tak ambik perhatian pada kawan. Jadi nak jadi apa dengan kita ni....?

Kita kena ubah. Ubah perangai, ubah sikap dan jadikan budaya ambik tau sebagai pegangan hidup kita. Kita hidup bermasyarakat, ada orang lain disekeling kita. Hidup berkampung kena tolong menolong. Kena bergotong royong bila buat sesuatu. Jangan diamalkan berpuak-puak. Atau menjaga kepentingan sendiri saja. Itu amalan tidak elok.

Selalunya dalam hidup seharian kita, kita melebih pada sesuatu yang tak begitu afdal. Misalnya dalam politik, ada yang mengutamakan parti dari kebajikan jiran-jiran, sedang dalam Islam jiran itu sepatutnya diberikan keutamaan. Ini tidak, kerana berlainan fahaman politik masing-masing buat hal sendiri. Adakah itu yang patut diamalkan sedangkan kita ada pegangan utama yang berpaksi 'Laila haillallah, Muhammad darrasullallah'.. Kalau berpolitik itu biarlah menggunakan akal. Biar kita berwaspada dengan agenda yang.cuba merosakkan keharmonian kita dalam masyarakat. Berpolitik bukan tidak penting tetapi jangan sampai boleh merosak keharmonian kita sesama kita khususnya jiran sekampung. Budaya sekampung kita jaga, berpolitik boleh tetapi biar kena pada tempatnya. Bila pilihanraya tiba sesama kita berdayong untuk sokong parti yang kita suka. Lepas itu balik kepada budaya hormat menghormati. Yang menang jalankan tanggungjawab untuk manafaat masyarakat bukan terus bermusuhan. Dan yang kalah pula kena akur dengan kekalahan.

Sebenar dalam masyarakat Melayu Islam ada satu institusi yang boleh menyatukan kita semua. Yang boleh dijadikan sandaran dan tempat berbincang dengan mengenepikan fahaman politik. Itulah Institusi masjid yang berfungsi bukan sahaja dapat menyatukan fahaman kita tetapi juga hati-hati kita juga.

keharmonian beginilah diperlukan dalam sebuah masyarakat....

Tetapi budaya ke masjid ini telah terpesong jauh. Kata orang parti A masjid hanya untuk orang parti B sahaja. Jadi orang parti B pulaukan masjid. Kalau orang parti B buat sesuatu acara mereka hanya mengutamakan orang partinya sahaja walaupun itu projek yang ada kaitannya dengan seluruh masyarakat. Tetapi kerana berpuak-puak oleh fahaman politik maka puak-puak A tidak dijemput atau tidak boleh sama sekali ikut campur dan menikmati hasil atau merasa kesan dari projek yang dilaksanakan oleh puak B tadi. Apa nak jadi kalau kita terus-terusan dengan gaya hidup macam ini?

Pernah satu ketika di kampung saya berlaku keadaan sedemikian. Ada NGO (Persatuan Bukan Kerajaan) yang sejak awal-awal penubuhannya mengistiharkan bahawa mereka tidak memihak kemana-mana dalam fahaman politik. Tidak kepada parti A mapun parti B tetapi oleh kerana kebanyakan keluarga ahli NGO ini tadi adalah ahli parti A maka parti B mengganggap apa yang dilakukan oleh NGO itu sebagai didalangi oleh parti A. Dan program tidak disokong oleh puak parti B. Malah Ketua Kampung yang kebetulan dari parti B mensabotaj program yang hendak dilakukan oleh pihak NGO itu sedangkan pogram itu untuk kebajikan dan kebaikan seluruh masyarakat kampung.itu, pada hal sejak mula lagi NGO berkenaan telah mengemukakan kertas kerja program kepada JKKK melalui Ketua Kampung. Tetapi oleh kerana Ketua Kampung sudah dipengaruhi oleh tanggapan yang menyatakan bahawa NGO penganjur didalangi oleh parti A maka Ketua Kampung sanggup melakukan sabotaj walau sudah ada kesediaan seluruh masyarakat menyokong program itu.

Itulah situasi bila kita tidak menggunakan otak untuk memikirkan mana yang baik, mana yang tidak. Yang rugi adalah masyarakat. Kalau sikap ini dibiasakan apakah yang akan jadi kepada institusi masyarakat seluruhnya. Apakah pula akan jadi dengan generasi anak-anak yang terbiasa dengan keadaan ibubapa mereka yang mengamalkan budaya berpuak-puak itu?

Apakah akan jadi kepada masa depan anak2 ini sekiranya masyarakat berpuak-puak?


Kemana arahtuju kita sebenarnya? Jawapan itu hanya akan terjawab bila kita dapat berfikir dengan waras?
Dan sewajarnya perubahan dengan merombak seluruh institusi masyarakat diseluruh negara dilakukan demi kebaikan masadepan kita semua... Jadi fikir-fikirkan lah................

Selasa, 12 Februari 2013


TERINGAT ARUAH IBU KU

Pagi semalam aku makan roti canai... sedap, memang sedap..
Lantas teringat aku pada aruah Ibuku yang telah dua tahun meninggalkan aku.
Roti canai yang dibuatnya sesuai sangat dengan selera ku walaupun roti canai
bukan makanan kesukaan ku tapi kalau ibuku yang buat memang
aku makan lebih dari sekeping.

Masih terbayang dia terensot-ensot dirumah aku di akhir hayatnya..
Dia sudah tak berdaya, kalau nak makan dia akan menggunakan bahasa isyarat..
Kalau nak buang air besar dia sudah tidak berdaya lagi nak ke tandas,
dimana dia duduk disitu aje dia akan 'membuang'. Dia sudah tidak mampu lagi berfikir.

Aruah Ibuku Endun Mydin






















Bila aku menjamah makanan aku sering teringat padanya. Sebut aje penganan apa
atau lauk pauk apa semuanya di tahu nak buat atau memasaknya. Air tangannya
amat sesuai dengan selera aku. Memang benarlah kata orang 'air tangan ibu
adalah yang terbaik'.

Masakan ibu yang paling aku suka adalah acar rempah dan gulai rempah
terutama bila dipadankan dengan ikan keli. "Hingga menjilat jari' itu kata-kata yang
paling sesuai bila makan masakan ibu ku.

Setiap pagi dan petang, pasti ada saja hidangan buat kami sekeluarga.
Kueh cara, lompang, cucur badak dan katayap adalah kueh mueh yang paling aku suka.
Dan di kampung, ibu buat karipap untuk dijual. Itulah pendapatannya disamping membuat
tilam dan bantal kekabu. Ada saja yang datang menempah tilam dan batal kekabu ibi ku.
Itulah juga hasil titik pelohnya membesarkan aku dan Azman anak saudara ku.

Walau semasa usia mudanya dia pernah menjadi tukang masak di merata-rata tenpat
di Perak dan Kuala Lumpur tetapi diakhir hayatnya dia hanya meneruskan usaha
membuat tilam dan bantal kekabu.

Tilam dan bantal kekabu




















Semoga Aruah Ibuku ditempatkan bersama orang yang beriman. Al-Fatihah.